Wednesday, May 27, 2009

Turun Padang Bersama Anak Muda

 
YB Kak Lah bersama dengan pemuda To'deh pemain takraw bagi liga DUN Gual Periok. Terdapat juga pengurus pasukan Abe lah (berbaju puteh) dan ketua pasukan Adik Kamrul (berbaju merah).

YB Kak Lah sedang menyampaikan bola takraw sebagai permulaan untuk berlatih bagi perlawanan tersebut.


YB Kak Lah memberi kata-kata perasan dan motivasi kepada pemain supaya didalam bermain disamping untuk mendapat johan jangan kita lupa akan dosa dan pahala. Biar didalam bermain pun kita dapat pahala juga.

Sunday, May 10, 2009

AKTIVITI BERSAMA RAKYAT

Kak Lah bersama penduduk Kg.Gual Mekong diatas tapak madrasah yang akan dibina
untuk menggantikan madrasah lama yang uzur. Pembinaan ini adalah secara gotong-
royong penduduk kampung. Untuk memulakan Kak Lah telah menghulurkan
sumbangan peribadi sebanyak RM2000.00 sebagai asas pembinaan. Keluasannya adalah 20'X 20'. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin menghulurkan derma Kak Lah sangat alu-alukan.



Seminggu berlalu, setelah gotong royong dilakukan
bersama oleh pennduduk kampung. Dapat menyiap
tapak



Inilah keadaan madrasah yang uzur, tidak boleh
digunakan lagi.



SEMASA MUKTAMAR DMPNK KE 36

 



 




Monday, July 7, 2008

ZIARAH RAKYAT

Diantara rutin harian ketika tiada sidang parlimen YB Kak Lah akan turun padang setiap hari untuk menziarahi orang sakit, orang miskin, warga emas dan pimpinan setempat. Tujuannya untuk melihat sendiri kesusahan rakyat. Lebih kurang 20 hingga 30 buah sehari yang di ziarahinya. Setiap masaalah rakyat cuba diatasi sedaya-upaya.Selain dari dana peribadi,sumbangan dan derma dari pelbagai sumber juga diusahakan demi kesejahteraan rakyat di Rantau Panjang.Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat YB Kak Lah terletak diKM 12,Lebuhraya Rantau Panjang,17000,Pasir Mas ,Kelantan.Sesiapa yang ingin menyumbang boleh berhubung terus dengan YB Kak Lah 019 9823942 atau bank in terus ke ( BIMB 03-027-01-003977-4 ).Sumbangan ini khas untuk membantu anak yatim dan orang miskin.




















 

Sunday, November 11, 2007

PERHIMPUNAN RAKYAT BERSIH

Perhimpunan Rakyat anjuran Bersih pada 10 November 2007 merupakan perhimpunan yang terbesar menuntuk keadilan dan demokrasi yang akan dikenang sebagai sejarah negara.
Peserta perhimpunan yang memulakan perarakan dari 4 lokasi perhimpunan; Masjid Negara, Masjid India dan Masjid Jamek, SOGO dan Pasar Seni berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara walaupun disekat dan dihalang oleh anggota FRU.
Memorandum menuntut pilihanraya bersih bagaimanapun telah berjaya diserahkan kepada pihak Istana Negara oleh pimpinan parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan isteri, Tuan Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang.


TAKTIK KEJI KERAJAAN UNTUK MEMATAHKAN PERHIMPUNAN RAKYAT

1) Menghalau orang dalam Masjid Negara, malah menolak orang yang sedang bersolat sunat.
2) Menyembur gas terus kepada peserta perhimpunan. Mengikut undang-undang sepatutnya semburan perlu diarahkan ke atas.

3) Menghentikan sistem pengangkutan awam (RapidKL, STAR LRT dan Putra LRT) serta-merta tanpa notis untuk mengelakkan orang ramai menuju ke tempat perhimpunan.

4) Membuat sekatan jalanraya (bermula di Tol Sg. Besi) supaya warga kota tidak dapat memasuki pusat bandar.

5) Mengerah tenaga FRU untuk menyekat jalan-jalan dan lorong-lorong menuju ke Istana Negara daripada dilalui oleh peserta-peserta perhimpunan.
6) Menggunakan media untuk menghebahkan kepada rakyat bahawa Perhimpunan tidak mencapai matlamat.

7) Beberapa hari sebelum perhimpuanan bermula, tersebar risalah-risalah yang menfitnah bahawa Perhimpunan ini dianjurkan oleh IFC dan sesiapa yang menyertai perhimpuanan dianggap menyokong kes murtad di Malaysia.

8) Mengarahkan polis dengan menggunakan perkataan "Our Police" atau "Polis Kami" untuk menangkap peserta perhimpunan.

mixxx
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam Perhimpunan Rakyat ini. Kepada yang terlepas peluang dan belum dipilih oleh Allah swt untuk turut serta dalam perhimpunan suara rakyat ini, maka berazamlah untuk menyertainya sekiranya tenaga anda diperlukan pada masa hadapan. En. Amri, pemuda dari Shah Alam telah menggalas tanggungjawab yang sepatutnya terpikul di bahu anda.

Tuesday, November 6, 2007

FORUM ISU-ISU DAN CABARAN ISLAM DI MAHKAMAH

Forum "Isu-isu Dan Cabaran Islam di Mahkamah" anjuran Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah diadakan pada 4 Nov 2007 bertempat di Auditorium MARA, Kota Bharu. Forum tersebut cuba memberi kesedaran kepada rakyat mengenai usaha-usaha berterusan yang dilakukan pihak-pihak tertentu bertujuan menggugat kedudukan Islam di Malaysia melalui saluran perundangan. Kes-kes yang timbul seperti Lina Joy, Kamariah Ali, Moorthy diberi perhatian selain daripada isu penubuhan Interfaith Commision (IFC), Artikel 11 dan lain-lain.

Peserta-peserta forum ini diberi kesedaran betapa pentingnya untuk mendidik dan membimbing anak-anak sejak dari kecil lagi supaya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang boleh menggugat iman mereka. Diharapkan penganjuran forum-forum seperti ini dapat diberi perhatian utama oleh pemerintah seterusnya disebarkan ke seluruh negara agar semua lapisan masyarakat sedar akan kepentingan untuk mempertahankan syiar Islam di bumi Islam ini.

Hari Penjara Malaysia

Hari Penjara Malaysia Peringkat Institusi disambut pada 6 November setiap tahun. Pada tahun ini, Kak Lah dijemput untuk memberikan ceramah motivasi bertajuk "Prinsip Kerja Mengikut Perspektif Islam" di Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin (PATI) Tanah Merah. Dalam ceramah selama lebih kurang sejam itu, Kak Lah banyak memberi nasihat dan membakar semangat kakitangan jabatan penjara tersebut untuk meningkatkan kualiti dalam kerja sambil tidak melupakan suruhan dan larangan agama.