Wednesday, November 25, 2009
Membela Yang Tercicir
Amanah yang Allah beri kepada manusia tidak kepada gunung, haiwan dan makhluk lain sekian alam adalah natijah akal yang ada pada kita. Dan akal yang sihat bilamana diadun dengan iman dan takutkan Allah (hasil yakinnya "pokok Islam") sudah pasti akan menghasilkan suasana yang harmoni untuk kehidupan. Kestabilan ekonomi, politik, sosial dan keunggulan ilmu dilihat 'desired product' yang kita semua inginkan.
Turun padang salah satu cara pemimpin melunaskan amanah. Rakyat mengharapkan pembelaan dari pemimpin.
Sanggup meninggalkan sidang parlimen antara pengorbanan yang perlu dilakukan. Pengorbanan yang tidak sedikit ini tidaklain hanya mengharapkan redha Allah dan amat bermohon agar rakyat yang dibakti tahu menilai kualiti wakil yang akan mereka pilih kemudian hari. Sekian.
Monday, November 9, 2009
Banjir di Kawasan Kak Lah
Sunday, November 8, 2009
YB Kak Lah Bantu Mangsa Banjir
Rantau Panjang, 6hb Nov- Beberapa buah kampung mula dinaik air sejak petang semalam. Kampung yang terlibat adalah Kg. Banggol Kulim, Kg. Kubang Rambutan, Kg. Telaga Mas, Kg. Lubok Stol, Kg. Barol Pial, Kg. Bukit Petai, Kg. Bukit Perah, Kg. Pusu 40, Kg.Lati, Kg. Serongga, Kg. Repek, Kg. Lubok Jong, Kg. Siram dan banyak lagi. Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah turun padang menziarahi mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan banjir dan rumah-rumah kediaman rakyat yang terlibat. Beliau turut memberikan sumbangan barangan keperluan seperti makanan, pakaian dan barang dapur kepada mangsa banjir.
Beliau mengingatkan masyarakat supaya berhati hati dan mengawasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir."Malang tidak berbau,kita tidak mahu berlaku kehilangan nyawa kerana kecuaian". Beliau juga meminta penduduk supaya segera berpindah bila air sudah melimpah
tinggi, dan tidak menunggu hingga saat akhir kerana sangat berbahaya.
Pagi semalam, beliau juga telah meninjau persiapan Bilik Gerakan Banjir di JKM Pasir Mas.Seramai 50 keluarga telah mendapat sumbangan semalam. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang begitu baik membantu mangsa banjir dalam Parlimen Rantau Panjang.
Thursday, November 5, 2009
Remaja dan Seks
KUCHING: Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mendedahkan bahawa seorang daripada tiga orang pelajar perempuan sekolah menengah mengakui pernah terlibat dengan aktiviti seks. Kajian ini dilakukan lebih kurang sepuluh tahun yang lalu sewaktu bertugas sebagai professor Psikologi Sosial di Universiti Malaya. Pendedahan itu dibuat Dato’ Dr. Chiam Heng Keng ketika menghadiri Seminar Biro Wanita Sarawak di sini.
Dalam taklimatnya mengenai “Menghadapi Realiti Hari Ini,” Dr. Chiam berkata “ia memberi perasaan tenteram kepada adis-gadis ini kerana kawan-kawannya yang lain turut melakukannya dan ia tidak kagi salah kerana orang lain turut melakukannya.”
Dr Chiam menambah, sekiranya kegiatan seks tidak lagi asing dikalangan pelajar, beliau bimbang sekiranya dimasa akan datang, pelajar sekolah rendah akan turut melakukannya.
Kajian mendapati bahawa sesetengah pelajar melakukan seks hanya untuk suka-suka, kemudiannya melacurkan diri untuk mendapatkan wang bagi membe telefon dan pakaian berjenama. Didapati, golongan ini tidak melakukan kegiatan haram ini ditempat awam atau hotel, tetapi di rumah sendiri. Berita ini dilaporkan dalam Harakah 6-8 Nov 2009.
Ketika dihubungi, YB Siti Zailah berkata, peningkatan kes-kes seks luar nikah ini menandakan teruk dan seriusnya keruntuhan akhlak dikalangan generasi kini. Fenomena ini akan turut meruntuhkan institusi keluarga, masyarakat dan seterusnya meranapkan usaha mengembalikan kegemilangan tamadun Islam yang pernah dimercu tertinggi satu masa dahulu.
Tuesday, November 3, 2009
Usul Kematian Mantik Hani ditolak
Mantik Hani,39, pembantu rumah daripada Indonesia, telah meninggal di Hospital Ampuan Rahimah, Selangor. Beliau telah ditemui oleh pihak polis di dalam tandas yang berkunci dalam keadaan separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka diseluruh badan,serta tidak diberi makan berhari-hari lamanya, selain kepalanya dicukur hampir botak.
Mangsa menghembuskan nafas terakhirnya , selepas 5 hari ditemui. Rawatan yang diberikan oleh doktor pakar, gagal menyelamatkan mangsa akibat keadaan mangsa yang terlalu lemah.
Pemandu Kereta Sewa Dianaktiri
WANG EHSAN bukan WANG ROYALTI
Menjawab soalan yang dikemukakan, alasan yang diberikan PM adalah kerana petroleum yang didakwa adalah BUKAN dalam kawasan perairan Kelantan. Wang ehsan bermaksud wang sedekah daripada kerajaan BN, kepada kerajaan negeri. Ini menimbulkan kemarahan beberapa MP Pakatan Rakyat terutama MP dari Kelantan.
YB Kak Lah turut mempersoalkan atas akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi. Penyalurannya melalui JPP dilihat membuka ruang kepada eksploitasi dan ketirisan. Sekiranya "wang ehsan" ini pula memang diperuntukan kepada kerajaan negeri, apakah kerajaan pusat bercadang untuk membayar hutang "wang ehsan" beberapa tahun sebelum ini? Mengapa pula baru sekarang kerajaan ingin memberi "wang ehsan" setelah sekian lama pimpinan negeri Kelantan menuntut hak ini? Adalah dibimbangi juga, bantuan yang akan disalurkan melalui projek pembangunan dan pembasmian kemiskinan ini turut digunakan untuk kepentingan politik BN seperti sebelumnya.
