Sunday, November 11, 2007

PERHIMPUNAN RAKYAT BERSIH

Perhimpunan Rakyat anjuran Bersih pada 10 November 2007 merupakan perhimpunan yang terbesar menuntuk keadilan dan demokrasi yang akan dikenang sebagai sejarah negara.
Peserta perhimpunan yang memulakan perarakan dari 4 lokasi perhimpunan; Masjid Negara, Masjid India dan Masjid Jamek, SOGO dan Pasar Seni berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara walaupun disekat dan dihalang oleh anggota FRU.
Memorandum menuntut pilihanraya bersih bagaimanapun telah berjaya diserahkan kepada pihak Istana Negara oleh pimpinan parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan isteri, Tuan Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang.


TAKTIK KEJI KERAJAAN UNTUK MEMATAHKAN PERHIMPUNAN RAKYAT

1) Menghalau orang dalam Masjid Negara, malah menolak orang yang sedang bersolat sunat.
2) Menyembur gas terus kepada peserta perhimpunan. Mengikut undang-undang sepatutnya semburan perlu diarahkan ke atas.

3) Menghentikan sistem pengangkutan awam (RapidKL, STAR LRT dan Putra LRT) serta-merta tanpa notis untuk mengelakkan orang ramai menuju ke tempat perhimpunan.

4) Membuat sekatan jalanraya (bermula di Tol Sg. Besi) supaya warga kota tidak dapat memasuki pusat bandar.

5) Mengerah tenaga FRU untuk menyekat jalan-jalan dan lorong-lorong menuju ke Istana Negara daripada dilalui oleh peserta-peserta perhimpunan.
6) Menggunakan media untuk menghebahkan kepada rakyat bahawa Perhimpunan tidak mencapai matlamat.

7) Beberapa hari sebelum perhimpuanan bermula, tersebar risalah-risalah yang menfitnah bahawa Perhimpunan ini dianjurkan oleh IFC dan sesiapa yang menyertai perhimpuanan dianggap menyokong kes murtad di Malaysia.

8) Mengarahkan polis dengan menggunakan perkataan "Our Police" atau "Polis Kami" untuk menangkap peserta perhimpunan.

mixxx
Terima kasih dan tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam Perhimpunan Rakyat ini. Kepada yang terlepas peluang dan belum dipilih oleh Allah swt untuk turut serta dalam perhimpunan suara rakyat ini, maka berazamlah untuk menyertainya sekiranya tenaga anda diperlukan pada masa hadapan. En. Amri, pemuda dari Shah Alam telah menggalas tanggungjawab yang sepatutnya terpikul di bahu anda.

No comments:

Post a Comment