Thursday, March 5, 2009

Usaha Menggerakkan Koperasi


Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menggerakkan koperasi yang tidak aktif dan apakah program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menyertai koperasi ini dan supaya mereka melibatkan diri dengan perniagaan melalui koperasi. Terima kasih.
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar koperasi kalau diuruskan dengan betul, maka koperasi ini boleh memberikan dividen yang baik. Kerana itu kita dapati ada lebih 100 koperasi yang mampu memberikan lebih 10% dividen. Namun demikian ada juga koperasi yang kita dapati tidak memberikan hasil yang lumayan kepada ahliahlinya.Kerana itu hari ini SKM sedang menyusun untuk kita memastikan koperasi ini ditadbirkan secara profesional, sama seperti syarikat-syarikat swasta.
Melalui Maktab Kerjasama Malaysia, kita telah memperkenalkan kursus-kursus diploma dalam bidang koperasi dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia, kita perkenalkan pula kursus ijazah dalam bidang koperasi dengan harapan kita biar ramai pelajar atau graduan-graduan dalam bidang koperasi, maka mereka akan dapat peluang pekerjaan di koperasi-koperasi ini.Koperasi ini akan boleh ditadbirkan secara profesional kerana matlamat kita pun menjelang tahun 2020, kita harap koperasi di Malaysia dapat memberikan sumbangan sekurang-kurangnya 5% kepada KDNK sedangkan sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, koperasi hanya mampu memberi sumbangan 1% kepada KDNK.
Kerana itu kita akan menggalakkan penubuhan koperasi dan salah satu cara tindakan kita ialah kita menubuhkan Koperasi Bela Rakyat yang telah pun kita lancarkan di mana Koperasi Bela Rakyat ini akan ditubuhkan di tiap-tiap kawasan Dewan Undangan Negeri untuk kita membela nasib orang-orang miskin, memberi peluang kepada mereka terbabit sebagaiusahawan untuk membaiki masa depan mereka. Terima kasih.
Soalan asal No. 1 - Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah koperasi dapat meningkatkan taraf hidup ahli-ahlinya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...