Monday, September 1, 2008

PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG DIRASMIKAN OLEH DATO’ TMB




31 Ogos 2008, Setelah beroperasi selama 5 bulan sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum ke 12, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang telah disempurnakan perasmian oleh YB Dato’ Hj Ahmad bin Yacob, Timbalan Menteri Besar negeri Kelantan.

Walaupun beliau sibuk dengan upacara kemerdekaan pada hari tersebut, namun beliau masih lagi berkesempatan meluangkan masa untuk menyempurnakan perasmian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Dalam ucapan perasmian beliau menyentuh tentang peranan Institusi dalam Islam yang bersifat perkhidmatan kepada masyarakat yang tidak hanya terbatas pada institusi masjid.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...